Featured Slider

Review Novel - Ungu Karmila



Rating : 🌟🌟🌟🌟 (4)

Ramlee Awang Murshid. 😍 Nama itu tidak asing lagi dalam dunia penulisan.. Buku-buku beliau memang terbaik.. Berbaloi untuk dibaca dan dibeli buat koleksi.. Satu lagi, buku-buku beliau, kalau baca sinopsis sahaja, memang tak dapat teka isinya.. Misteri pada minda pembaca.. 😉

Cinta : 🌟 🌟 (2/5)
Misteri : 🌟 🌟 🌟 🌟 (4/5)
Konflik : 🌟 🌟 🌟  (3/5)
Informasi : 🌟 🌟 🌟 🌟 (4/5)

Ungu Karmila. Anggapan awal saya, ingatkan novel paranormal, mistik.. Rupanya..😄 Haha.. Saya tak baca novel ni dulu sebab saya cukup tak suka novel seram.. Bila mula baca, saya jadi tertanya-tanya, nak tahu kisah seterusnya.. Jadi saya teruskan hingga akhir.. Alhamdulillah kena dengan jiwa.

 Plot Novel 

Gaya penceritaan dan plot novel ni sangat tersusun. Smooth saja. Susunan, situasi, huraian watak sangat kemas dan realistik.. Plot dihurai dan diceritakan dengan baik. Bermula permulaan, kemudian perkembangan, kemudian konflik, seterusnya klimaks dan akhirnya peleraian.. Bahagian konflik dan klimaks adalah bahagian yang seronok dibaca. Bab peleraian juga baik.. Tidak tergantung.

 Bahasa / Penceritaan 

Bahasa yang digunakan mudah difahami, menarik dan sangat pelbagai. Cuma perkataan saintifik tu memang tak dapat nak cakap lah. Bagi orang sains sosial macam saya, memang tak faham.. Haha. Mungkin bahasa yang beliau guna agak formal, tapi bagi yang dah biasa baca novel-novel yang menggunakan bahasa yang standard, mesti korang seronok baca novel-novel RAM.. 

 Unsur Cinta 

Unsur cinta tak ketara sangat.. Ada la sikit-sikit.. Sesuai la dengan novel yang bertemakan thriller. Tapi sangkaan saya meleset jugak.. Ingatkan Ema akan kahwin dengan Dr. Ismadi 😃

 Nilai dan Pengajaran

Tentang nilai dan pengajaran, bagi saya sangat superb.. Contohnya watak Dino dan Kamarul.. Kemudian Bado, Winda dan Rosli.. Permulaan baca novel, saya tak dapat agak yang Bado dan Winda ni pun pernah melakukan kesalahan, malah lebih teruk daripada Dino.. 

Banyak sangkaan saya meleset sebenarnya..😂 Pertama, saya fikir 'Ungu Karmila' itu nama bagi vila atau rumah yang terpampang dekat kulit buku tu.. Rupanya 'Ungu Karmila' adalah nama bagi bunga..😄 Kemudian, saya fikir buku ini seram, berdasarkan kulit bukunya juga.. Sekali lagi saya silap.. Rupanya novel ni merungkaikan mengenai bunga Ungu Karmila, sedikit sebanyak melibatkan kajian dan perubatan..😄 Kemudian, saya juga sangka Ema akan kahwin dengan Dr Ismadi, dan memeluk Islam.. Ternyata saya salah lagi.. So pengajarannya, "Don't judge the book by its cover" 😜

Bagi yang belum membaca karya ni, selamat membaca 😄 Yang dah baca, boleh komen pendapat korang di ruangan komen 😉 4 bintang ni sebenarnya dah power sebab saya susah nak bagi bintang 😅

Ungu Karmila

Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbitan : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd
Jumlah Muka Surat : 511 halaman
Harga : RM 19.90 (SM) / RM 22.90 (SS)


(Aidilfitri 2020) - Behind Every Smile, There's An Untold Story



Syawal 1441H bersamaan 24 Mei 2020

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah swt. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diizinkan berkumpul bersama-sama keluarga kecil yang tercinta. Kami tak ramai tapi kami tetap bersama. Pertama sekali, marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah (dibaca) buat arwah Ummi saya, yang telah menghadap Ilahi pada tanggal 14 Januari 2020. Cepatnya masa berlalu..😢

'Keluarga'. Satu perkataan yang penuh makna. Di dalamnya terkandung pelbagai rasa, terselit banyak cerita.. Sama ada suka ataupun duka. Ya.. Keluarga itu unik. Dan Allah hadirkan dalam diri kita, satu rasa yang sangat lain dari biasa, untuk keluarga. Rindu dan sayang yang luar biasa. Kan? 😉

Ujian Allah datang dengan pelbagai bentuk dan cara. Allah itu Maha Adil. Sangat telus. Jika diuji dengan kemiskinan dan serba kekurangan, Dia lebihkan tenaga dan kekuatan, supaya mereka mampu mencari rezeki untuk menampung kehidupan. Yang kaya, mungkin diuji dengan kesihatan yang tidak seberapa. Namun, dengan duit dan kemampuan yang ada, mereka dapat menampung ubat-ubatan dan keperluan yang lainnya. Bagi yang sederhana, mungkin Allah menguji mereka dengan masalah keluarga, pasangan dan sebagainya. Dan setiap manusia itu tidak akan terlepas dari ujian-Nya.

Kehilangan itu memeritkan. Namun bukan beerti penamat kepada kehidupan. Ada sesuatu yang Allah rencanakan. Dan yakinlah perancangan-Nya merupakan sebaik-baik rancangan. Moga Allah tetapkan hati kita, untuk sentiasa yakin dan terus beriman, dalam apa jua keadaan.

😊 Behind Every Smile, There's An Untold Story 😊 


Kebesaran Jiwa


Bahagia itu bukan soal kekayaan dan harta yang dimiliki, tetapi soal kebesaran jiwa dan kemurniaan hati. Mulia bukan kerana ‘title’ dan jawatan yang diberi, tetapi kemuliaan seseorang itu bergantung kepada pemikiran dan ketinggian budi. 
5 tahun lepas...
Waktu rehat. Sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul menarik minatnya. Mereka duduk di sebuah meja makan, selepas membeli makanan masing-masing. Dia mendekat.
“Eihh pergi main jauh-jauh” semua yang ada di situ menutup hidung masing-masing.
“Dah la miskin, busuk pulak tu.”
“Mak aku cakap jangan kawan dengan dia.” sampuk yang lain.
“Betul.. Mak aku pun cakap macam tu.” mereka yang ada di situ mengiakan.
Dia menunduk dan segera berlalu, menjauhkan diri daripada mereka. Ternyata kehadirannya tidak diterima. Kewujudannya mencemarkan suasana. Dia duduk di sebuah bangku. Hujung kasutnya menguis-nguis tanah. Dipandangnya sekilas sekumpulan pelajar tadi. Keluhan berat dilepaskan. Kasutnya sudah lusuh. Kasut itu sudah dipakainya selama tiga tahun. Berkali-kali dijahit apabila koyak, dan bertampal di sana sini.